
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
Menurut sumber, suspek ditahan pada 4.45 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka
“Suspek disiasat berhubung dakwaan meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri secara bersindiket,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang terlibat, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, serta hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Permohonan reman terhadap suspek dibuat oleh SPRM di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan perintah reman tersebut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LAKSANA PROJEK, PROGRAM MENGIKUT TEMPOH MASA DAN SASARAN
SERI NEGERI 25 April - Penilaian indikator-indikator pembangunan, perancangan projek dan program diatur perlu mengikut sasaran dan tempoh masa ditetapkan....
PERKASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA
SERI NEGERI 25 April - Pelbagai strategi diatur bagi membantu meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan...
INISIATIF PARAKOM BUKTI KERAJAAN CAKNA ASPEK KESEJAHTERAAN, KESIHATAN RAKYAT
SERI NEGERI 25 April - Komitmen Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan dan kesihatan rakyat terbukti menerusi pelaksanaan inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM)....
WRUR BUKA RUANG PEMIMPIN SANTUNI RAKYAT
SERI NEGERI 25 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bermula pada tahun ini telah membuka ruang cukup...
PEMBINAAN LOJI WTE PERLU DISEGERAKAN
SERI NEGERI 25 April - Pembinaan loji pemprosesan sisa pepejal kepada tenaga (WTE) di tapak pelupusan sisa pepejal sanitari Sungai...
INISIATIF DIGITAL TINGKATKAN TAHAP KETERHUBUNGAN RAKYAT MELAKA
SERI NEGERI 25 April - Pelaksanaan inisiatif digital berimpak tinggi di negeri ini tidak hanya meningkatkan kecekapan pentadbiran, malah mempercepatkan...