
SPRM kesan individu bantu kes salah guna cap sempadan
PUTRAJAYA 1 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata lelaki yang sedang dicari ialah Chiong Ah Kaw @ Cheong Leong Kim, 75, yang mempunyai alamat terakhir di No.22, Pangsapuri Seri Mesra, Jalan Bahagia 29, Taman Seri Bahagia, 56000 Kuala Lumpur.
Manakala, wanita yang ingin dikesan pula ialah Li Quin yang merupakan warga China berusia lingkungan 30-an dan pemegang pasport antarabangsa E32395179 serta pas lawatan sosial.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat iaitu Penolong Penguasa, Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947.
Sebelum ini dilaporkan 65 individu terdiri daripada 39 pegawai Jabatan Imigresen, 17 ejen dan sembilan orang awam ditahan menerusi Op Selat, berkaitan kes pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara.
Op Selat merupakan operasi yang digerakkan SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen bagi membanteras sindiket rasuah dalam pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...