
SPR terima notis rasmi pembubaran DUN Melaka
KUALA LUMPUR 5 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14.
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, Pilihan Raya Negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.
“SPR akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya itu.
“Tarikh mesyuarat akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ab Rauf pada sidang media hari ini berkata, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju membubarkan DUN berkuat kuasa semalam.
Ia susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan hilang kepercayaan, sekali gus menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...
PUSAT SEHENTI HUBUNGKAN USAHAWAN MELAKA
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri mewujudkan Pusat Sehenti Usahawan (OSCE) di Aras 5, Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC)...