
SPM, STPM, dipinda
PUTRAJAYA 8 Nov. – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dipinda ke 22 Feb tahun depan, umum Menteri Kanan (Pendidikan) Dr. Mohd Radzi Md Jidin hari ini.
Beliau turut mengumumkan tarikh baharu bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dianjak ke 8 Mac 2021.
Katanya, perincian mengenai semua peperiksaan awam itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Dr Mohd Radzi berkata bagi membantu calon peperiksaan awam membuat persediaan secukupnya sebelum menduduki peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula pada 20 Jan tahun depan.
“KPM berharap ruang yang ada ini dapat memberi manfaat kepada calon terkesan dengan penutupan sekolah,” katanya pada sidang media Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Serta Peperiksaan Awam Tahun 2020 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri I Datuk Dr Mah Hang Soon, Timbalan Menteri II Muslimin Yahaya dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dr Habibah Abdul Rahim.
–BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
