
‘Spiderman’ dapat khemah niaga
MERLIMAU 12 April – Atas rasa simpati terhadap nasib peniaga yang terpaksa berpanas dalam mencari rezeki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh tampil berkongsi rezeki.
Akmal berkata, ketika melalui Dewan Dato Haji Ahmad Ithnin, baru-baru ini, beliau terlihat seorang peniaga yang mengenakan kostum ‘Spiderman’ menjual air jagung dan laksa tanpa kelengkapan perniagaan asas seperti khemah.
Justeru, beliau tampil menyumbangkan khemah niaga kepada peniaga berkenaan untuk terus mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
“Terima kasih Spiderman Merlimau sudi benarkan saya kongsi rezeki bersama. Tak sampai hati bila lalu di depan nampak spiderman ni berpanas menjual air jagung dan laksa demi sesuap nasi.
“Jadi kita beri khemah dan beli semua laksa dan air yang dijual supaya abang spiderman dan isteri boleh balik awal hari ini ya..
“Pada mana-mana yang lalu di depan dewan, boleh ambil laksa dan air jagung percuma untuk hari ini ya,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya 10 April lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...