
‘Speedy Tigers’ tewas lagi
SKUAD hoki lelaki kebangsaan kecundang sekali lagi pada aksi persahabatan tiga penjuru setelah tewas 1-3 kepada Great Britain di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Pasukan pelawat membuka jaringan menerusi gol padang oleh Rupert Shipperley, pada minit ke-35 pelawanan.
Seminit selepas itu, serangan pantas pihak lawan menyaksikan Phil Roper menjaringkan gol kedua pasukan melalui gol padang apabila beliau berjaya menguis bola menewaskan penjaga gol Malaysia, Muhammad Hafizuddin Othman sekali gus meletakkan Great Britain di depan dengan 2-0.
Adam Dixon meletakkan Great Britain pada kedudukan selesa 3-0 selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-44.
Anak buah bimbingan A. Arul Selvaraj tidak berputus asa dan akhirya berjaya meraih gol yang dicari pada pada minit ke-55, apabila Muhammad Razie Abd Rahim berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Ini adalah kekalahan kedua Malaysia dalam seri persahabatan setelah tewas 3-0 kepada Jepun, Sabtu lepas.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...
SUKAN MEMANAH TRADISIONAL BERKEMBANG DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 April - Sesuai dengan saranan agar umat Islam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW sukan memanah tradisional kini semakin...
JENAZAH PAK LAH DIBAWA KE MASJID NEGARA PAGI ESOK
KUALA LUMPUR, 14 April - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...
TUN ABDULLAH MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR, 14 April - Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada...