
Speaker serah warta kerajaan pemasyuran memansuhkan DUN Johor kepada SPR
ISKANDAR PUTERI, 23 Jan – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Suhaizan Kaiat menyerahkan warta kerajaan mengenai pemasyhuran memansuhkan DUN Johor yang ke-14 bertarikh 22 Jan 2022 kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor Nor Nekman Jaimon, hari ini.
Dengan penyerahan warta kerajaan tersebut, Suhaizan berkata secara langsung membolehkan SPR melaksanakan proses seterusnya untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Johor.
“Saya telah terima surat pemakluman mengenai pemasyhuran itu pada pukul 10 pagi tadi, yang kemudiannya telah diwartakan.
“Jadi petang ini, saya serahkan dan maklumkan kepada SPR mengenai pemansuhan DUN Johor. Selepas ini, SPR akan melaksanakan proses seterusnya iaitu mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, dekat sini, hari ini.
Sementara itu, Nor Nekman berkata tarikh mesyuarat khas berkenaan PRN Johor akan diputuskan oleh SPR pusat.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

