
Speaker DUN terima kunjungan hormat MHI
AYER LIMAU 22 Jun – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerima kunjungan hormat pengurusan tertinggi Melaka Hari Ini (MHI) di kediamannya, di sini baru-baru ini.
Dalam kunjungan itu, MHI diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pegawai Operasi, Anuar Shaari.
Pada kunjungan berkenaan, Abdul Jalil memperkenalkan wajah baharu MHI kepada Ab Rauf.
Ab Rauf ketika ditemui mengucapkan tahniah kepada MHI dan menyifatkan ia sebagai inspirasi baharu kepada pentadbiran kerajaan negeri dalam membina interaksi dengan rakyat.
Ujarnya, medium berkenaan perlu dipenuhi dengan pelbagai informasi berkaitan pembangunan negeri terutama sektor pelancongan yang mampu menjadi direktori dan tarikan utama pelancong bagi meneroka destinasi pelancongan di Melaka.
“MHI perlu berhijrah kepada media terkini agar penyampaian mesej mampu disampaikan dengan tepat dan padat dengan penggunaan teknologi digital selari dengan teknologi semasa,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA UMUM 2 INISIATIF KHAS AIDILFITRI
AYER KEROH 18 Mac - Dua inisiatif khas disediakan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban rakyat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri...
REZEKI ANAK DAPAT BAJU RAYA PERCUMA
Oleh: Azwani Mohammad PENGKALAN BATU 18 Mac - Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat 210 anak-anak fakir, miskin dan yatim...
BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN
PENGKALAN BATU 18 Mac - Kaedah pembayaran Zakat Fitrah menerusi amil tetap menjadi pilihan umat Islam di negeri ini meskipun...
PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG 18 Mac - Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi...
BUSANA AIDILFITRI UNTUK ANAK ASNAF
PENGKALAN BATU 18 Mac - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 210 kanak-kanak penerima bantuan Tautan Kasih Ramadan 'Busana...
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...