SOP PRN Melaka tak adil – DAP Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDA HILIR 24 Okt – Pengerusi DAP negeri Datuk Tey Kok Kiew mahu prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dikaji semula.

Menurutnya, SOP yang diumumkan seperti larangan perhimpunan dan majlis sosial itu bersifat tidak adil kepada calon yang bertanding.

Sebaliknya beliau mendakwa SOP itu, lebih memberi kelebihan kepada blok kerajaan yang dapat mengawal media arus perdana seperti televisyen dan radio secara meluas, sedangkan pihaknya (pembangkang) hanya boleh berkempen menerusi laman sosial.

“Jika kedua-dua belah pihak diberi keadaan ruang yang adil dan saksama,  saya rasa pilihan raya ini dapat dijalankn dgn baik walaupun perlu mengikut SOP yang ketat.

“Masalahnya sekarang, kempen rumah ke rumah tidak dapat dijalankan, menurut SOP  juga tidak dibenarkan sesi ‘walkabout’, ceramah dan disaran berkempen melalui media sosial tetapi di pihak sebelah sana (kerajaan) mereka mengawal media kerajaan secara meluasnya.

“Bagi saya ini bukan satu pilihan raya yg sihat dan  SOP ini harus di kaji semula supaya semua pihak mempunyai ruang yang adil untuk bertanding dalam PRN 20 November depan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Justeru, beliau mencadangkan agar semua calon sama ada pihak pembangkang mahupun kerajaan diberi ruang yang adil untuk berdialog atau berbahas menerusi platform televisyen atau radio.

“Kerajaan sepatutnya memberi ruang yang adil kepada semua calon untuk berdialog atau berbahas antara calon menerusi televisyen atau radio untuk membawa atau mmbuat perbandingan antara dasar-dasar yang akan dibawa kepada rakyat.

“Sebagai contoh, bincangkan isu bagaimana mahu selesaikan isu banjir Melaka,  masalah tambak laut dan cara untuk majukan Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

637
Kongsi :
Previous post Kunjungan Najib pengubat kesedihan kematian isteri
Next post ‘Saya tak buat kacau’ – Idris
Ubah saiz-+=