SOP PRN Melaka masih di peringkat rundingan – SPR

Masa Membaca:36 Saat

BANDAR MELAKA 18 Okt – Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum diputuskan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata, pihaknya masih mengadakan perbincangan bersama kerajaan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum memutuskan segala SOP yang diperlukan.

“Dari segi SOP kita sedang merancang memandangkan negara masih dalam musim COVID-19.

“Kita juga telah berbincang dengan kerajaan dan akan memutuskan segala pandangan dari pihak MKN dan KKM.

“Bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat rundingan dan hari ini juga kita ada mesyuarat khas berkenaan SOP tersebut,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

440
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: SPR akan cadang waktu keluar mengundi
Next post Idris Haron belum buat keputusan kerusi ditandingi
Ubah saiz-+=