SOP PRN kekal, elak gelombang keempat COVID-19
BUKIT BERUANG 10 Nov – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka menegaskan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi menjalankan Pilihan Raya Negeri (PRN) kekal dan tidak berubah.
Pengarahnya, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, biarpun terdapat sesetengah individu yang mempertikaikan SOP tersebut, namun ia tetap perlu dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya gelombang keempat penularan wabak COVID-19 di negeri ini.
“Secara keseluruhannya saya nampak mungkin daripada awal lagi mereka mungkin kurang faham dan edua dia faham tapi dia tak berpuas hati dengan SOP kita tapi selepas taklimat ini saya rasa kefahaman mungkin dah tak ada masalah lagilah.
“Memang kalau nak puaskan hati kita tak dapat puaskan hati semua orang tapi yang utama sekali sebagai mana Datuk Wira nyatakan tadi, kita utamakan kesihatan awam dan tak mahu Melaka ini menjadi pusat atau tercetusnya gelombang keempat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengetuai Taklimat Penyelarasan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pemberian permit kepada calon-calon parti atau wakil dalam tempoh berkempen PRN 2021.
Hadir sama, Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali, Timbalannya, Razali Abu Samah, Pengarah MKN, Mohd Nasrul Menhat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Azlan Abu dan lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.