SOP Krismas: Hanya individu lengkap vaksin boleh kunjungi rumah keluarga, ‘carolling’ dilarang
KUALA LUMPUR, 16 Dis – Persembahan koir di gereja sempena Hari Krismas dibenarkan dengan syarat perlu mematuhi penjarakan fizikal tidak kurang satu meter serta wajib memakai pelitup atau pelindung muka.
Menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara, prosedur operasi standard (SOP) itu yang akan dilaksanakan pada 24 dan 25 Dis, dibentangkan Menterinya Datuk Halimah Mohamad Sadique pada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 hari ini dan telah diluluskan.
Kenyataan itu menyebut upacara sembahyang dibenarkan mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara.
Selain itu, hanya penerima vaksin lengkap dibenarkan mengunjungi rumah keluarga.
Nyanyian ‘carolling’ dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan manakala jualan gerai Hari Krismas tertakluk kepada kelulusan dan kawalan Pihak Berkuasa Tempatan, menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan Halimah menyeru penganut Kristian supaya menyambut perayaan Krismas dalam norma baharu, sentiasa mematuhi SOP ditetapkan, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan diri dan memastikan penjarakan fizikal dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...
KEBUN DURIAN JADI PRODUK PELANCONGAN MELAKA
ASAHAN 22 Januari - Kerajaan Melaka menyokong usaha mana-mana pengusaha durian yang ingin menjadikan kebun mereka sebagai produk ekopelancongan di...
PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN
RIM 22 Januari - Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran...
GADEK HOTSPRING LAIN DARI YANG LAIN – PENGUNJUNG
GADEK 22 Januari - Kompleks Air Panas Gadek yang kini dikenali sebagai Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort telah dilancarkan...
RESTORAN TERAPUNG MENDAM BERAHI PPSPM BEROPERASI FEBRUARI DEPAN
BANDARAYA MELAKA 22 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal melancarkan Restoran Terapung Mendam Berahi (RTMB) dalam...
DUA NELAYAN TELOK MAS HILANG 7 HARI DITEMUI SELAMAT DI DUMAI
TELOK MAS 22 Januari - Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat ikan di perairan Pulau Undan pada 15...