Solat jenazah ghaib ke atas Sheikh Yusuf al-Qaradawi di tiga masjid malam ini
Solat jenazah ghaib itu akan diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata Jakim turut menjemput semua Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri melalui masjid dan surau di seluruh negara agar turut sama mengadakan solat jenazah ghaib buat Almarhum.
“Semoga jenazah Almarhum diampunkan dan dirahmati oleh ALLAH SWT jua,” katanya.
Sheikh Yusuf al-Qaradawi, 97, meninggal dunia di Qatar pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik akaun Twitter rasminya semalam.
Jakim menzahirkan ucapan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) itu semalam dan pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang amat besar buat dunia.
“Jasa Almarhum khususnya dalam dunia keilmuan, pemikiran dan dakwah sangat memberi kesan terhadap perkembangan dan kemajuan umat di seluruh dunia,” kata Hakimah.
Beliau berkata kerajaan Malaysia pernah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa kepada Sheikh Yusuf al-Qaradawi atas jasa dan sumbangan beliau sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada 1431H bersamaan 2009M. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.