SMIX2024: FIGURA HEBAT KONGSI KEPAKARAN, KEPINTARAN

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 4 Oktober – Smart Melaka International Conference and Exibition (SMIX 2024) bakal membawa seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini untuk berkongsi elemen kepintaran dan kepakaran masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH), Dr. Nazdiana Ab Wahab berkata, SMIX 2024 adalah platform unik yang turut dihadiri 40 peratus speaker antarabangsa dari pelbagai negara.

“Alhamdulillah persiapan SMIX 2024 pada 10 dan 11 Oktober ini di Hotel Doubletree By Hilton, Melaka sudah hampir sempurna, cuma kita mahu muktamadkan sedikit lagi kenamaan yang akan hadir pada acara ini.

“Tahun ini kita fokuskan kepada conference (persidangan) melibatkan semua PBT yang mana mereka akan berkongsi elemen pintar yang mereka ada.

“Terdapat juga barisan speaker daripada luar negara yang akan berkongsi pengalaman di negara mereka sendiri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Dr. Nazdiana berkata pada persidangan itu, MICTH juga turut mengadakan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) bersama Maxis.

“MoU ini adalah untuk gentian menara-menara telekomunikasi MICTH bagi menambah kapasiti ‘broadband’ di negeri ini,” katanya.

Untuk rekod persidangan dan pameran berkenenaan bertemakan ‘Better Cities : Global Mindset with Local Adaptability’ dijangka menampilkan 20 panel dari luar negara antaranya Korea Selatan, Jerman, Filipina, Singapura, New Zealand dan Australia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

38
Kongsi :
Previous post SEGERAKAN PROJEK KAWALAN HAKISAN PANTAI PUTERI
Next post MELAKA BILA LARUT MALAM EDISI OKTOBER LEBIH MENARIK
Ubah saiz-+=