SMIX 2024 TUMPU PERTUKARAN IDEA BERSAMA PAKAR TEKNOLOGI DIGITAL

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDA HILIR 9 Oktober – Smart Melaka International Conference and Exibition 2024 (SMIX 2024) akan bermula esok lebih tertumpu kepada aktiviti perkongsian, bertukar-tukar idea dan mendapatkan input baharu daripada pakar bidang teknologi digital serta panel luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MITCH) Dr. Nazdiana Ab Wahab berkata, antara panel luar negara yang akan bersama-sama pada SMIX 2024 adalah dari Amerika Syarikat, Vietnam, Jerman, New Zealand dan Thailand.

6066679965056876259
PEMERIKSAAN sistem audio dan elektronik. Foto Iqmal Haqim Rosman

Katanya, SMIX 2024 berlangsung dua hari pada 10 dan 11 Oktober di sebuah hotel di Banda Hilir bertemakan ‘Better Cities: Global Mindset With Local Adaptability’.

“Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan merasmikan SMIX 2024 pada 11 Oktober (Jumaat) kira-kira jam 9.30 pagi. SMIX 2024 ini menjadi platform memperluaskan inisiatif pintar dan pemerkasaan data di bawah Smart Melaka.

“Secara keseluruhan akan ada 10 sesi membabitkan persidangan, ‘keynotes address’, ‘fire site chat’ dan pelbagai lagi melibatkan teknologi digital,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

6066679965056876263

PETUGAS melakukan persiapan akhir sebelum bermulanya Smart Melaka International Conference and Exibition 2024 (SMIX 2024) esok. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, jelasnya kerja-kerja ‘dry run’ atau ‘rehearsal’ akan dilaksanakan malam ini untuk memastikan semua perancangan berjalan lancar.

“Secara keseluruhan SMIX 2024 kita menyasarkan lebih 200 penyertaan dengan lapan reruai daripada agensi kerajaan, swasta dan syarikat akan dibuka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

23
Kongsi :
Previous post TAPAK BAHARU UNTUK PENIAGA TAMAN BUKIT TAMBUN PERDANA
Next post PROTON IRIZ ‘ANGKUT’ TANDAN KELAPA SAWIT CURI RENTUNG
Ubah saiz-+=