Sorting by

×

SMIC2022 jadi tapak permulaan teknologi pintar Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

KUALA LINGGI 17 November – Penglibatan beberapa pakar teknologi dunia dari beberapa negara akan dihimpunkan dalam sebuah persidangan SMART Melaka International Conference 2022 (SMIC2022), 6 dan 7 Disember depan.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, projek Melaka Smart Grid menjadi antara perkara yang akan dibentangkan pada persidangan itu, sekali gus menjadi langkah awal Melaka ke arah teknologi pintar.

“Melaka telah dipilih sebagai antara 11 bandar terpilih di dunia untuk menjalankan projek Smart Grid oleh Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unido).

“Dalam persidangan itu juga kita akan beberapa subjek teras yang akan dibincangkan melibatkan negara seperti Indonesia, Singapura dan pelbagai lagi dan ini sebagai ‘catalyst’ (pemangkin) kita untuk menunjukkan Melaka di dalam peta dunia sebagai negeri yang menjalankan teknologi pintar di negara ini.

“Malah kalau kita lihat hari ini banyak bangunan-bangunan di negeri ini telah pun mula berkolaborasi untuk menjayakan sistem Smart Grid ini malah kita juga akan menekankan kempen menyasarkan sebanyak 30,000 kediaman di Melaka akan menggunakan sistem yang sama suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi panel sesi Townhall pada Program Santai Bersama Warga Universiti Melaka (Unimel), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata, persidangan SMIC2022 akan melibatkan kerjasama Kerajaan Negeri dengan beberapa badan antaranya Hatten X, Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Research.

Pada masa sama, beliau mengharapkan lebih banyak kerjasama terutama daripada pihak institusi pengajian tinggi untuk terlibat sama pada persidangan yang bakal memberi impak dan penerangan tentang pembangunan pintar di negeri ini.

“Kita anggarkan sekitar 500 hingga 600 kehadiran berdasarkan siapa cepat dia dapat dalam kapisiti yang dianjurkan di Hotel Hatten pada 6 dan 7 Disember depan.

“Namun kita akan lihat semula bagaimana penysusunan ini sekiranya permintaan menunjukkan kadar positif dalam tempoh ini.

“Orang ramai juga dijemput bersama-sama memeriahkan persidangan ini bagi memberi pendedahan berterusan dalam penggunaan teknologi yang akan diperkasakan di Melaka pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3139
Kongsi :
Previous post Hanya pokok berakar tunjang akan ditanam di Melaka
Next post Jalan Pengkalan Balak-Padang Kemunting jadi jalan sehala
Ubah saiz-+=