SMART badan sukarelawan anak Masjid Tanah dilancarkan

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

PAYA LEBAR 1 Mei. – Sukarelawan Masjid Tanah (SMART) dilancarkan secara rasmi hari ini, antara lain sebagai penghubung hasrat kerajaan antara masyarakat dalam parlimen terbabit.

Ahli Parlimennya Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, penubuhan gerakan itu bagi memastikan setiap maklumat dan inisiatif kerajaan dapat dimanfaat terus dan tiada golongan yang akan tercicir khususnya dalam isu kebajikan.

Beliau berkata, setakat ini SMART disertai 50 sukarelawan anak jati Masjid Tanah terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman.

“Menerusi SMART juga, ahlinya mampu bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan termasuk usaha Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan kebajikan rakyat di Masjid Tanah terjamin termasuk menyalurkan maklumat vaksin.

“Mereka ini sangat dekat dengan penduduk setempat dan pelbagai maklumat dapat dikutip dan disalurkan dengan pantas termasuk pendaftaran vaksin COVID-19.

“Kita juga menyeru anak Masjid Tanah berbakti dengan menyertai SMART yang terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Makanan Bakul Permai kepada penerima JKM dan Pelancaran SMART yang disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun di Kolej Kemahiran Tinggi Melaka, Paya Lebar di sini, hari ini.

Bercakap mengenai kesedaran suntikan vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Mas Ermieyati yakin SMART mampu menjadi ejen penghubung kepada masyarakat bagi membantu dan memberi kesedaran mengenai program itu.

“Saya lihat permasalahan rakyat kadang-kala tidak sampai kepada pengetahuan kerajaan, jadi dengan SMART mungkin sukarelawan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat bantu menangani masalah itu dan menyalurkan maklumat kepada pihak berkaitan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

883
Kongsi :
Previous post Kembara Ramadan PKNM santuni golongan kurang bernasib baik
Next post Nahas jalan raya meningkat 51 peratus, 15 kematian Mac lalu
Ubah saiz-+=