Sorting by

×

SM-WEZ KAWASAN ‘IBU NEGERI’ BAHARU MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERI NEGERI 17 April – Tidak cukup dengan kawasan perindustrian, Melaka juga memberi tumpuan kepada kewujudan zon ekonomi baharu yang dinamakan Straits Of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ) di kawasan tambak laut yang menghadap Selat Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memaklumkan, kawasan tersebut bukan sahaja akan menjana ekonomi baharu, bahkan ia juga bakal menjadi sebuah bandar raya dan ibu negeri baharu Melaka.

Jelas beliau, pelbagai komponen telah dirangka di kawasan tersebut antaranya koridor pelaburan, pelancongan, maritim, kependudukan dan lain-lain lagi.

“Kalau kita tanya semua orang di mana ibu negeri Melaka, pastinya semua tidak tahu. Maka, SM-WEZ ini akan menjadi kota raya Melaka yang baharu kerana di situlah akan diwujudkan sebuah bandar yang lebih terancang dan teratur dengan pembangunan yang disusun rapi.

“Di situlah juga akan kita bangunkan pelbagai koridor baharu yang sedang dirancang sekarang bermula dari kawasan Banda Hilir hinggalah ke Klebang yang berdepan dengan Selat Melaka yang cukup hebat.

“Pastinya, kawasan itulah yang akan menjana ekonomi baharu dan ia juga akan menjadi kota raya dan ibu negeri Melaka yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada wawancara khas bersama Melaka Hari Ini sempena ulang tahun kedua pentadbiran Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Pejabat Ketua Menteri, di sini.

**Ikuti wawancara penuh bersama Ketua Menteri yang disiarkan dalam tiga bahagian di semua platform Melaka Hari Ini dan Melaka TV.

Pautan: https://www.facebook.com/MelakaHariIniOfficial/videos/692421326558681

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

11050
Kongsi :
Previous post AB RAUF MAHU RAKYAT MELAKA ADA PEKERJAAN TETAP, KEHIDUPAN STABIL
Next post MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN