
Skuad Hang Tuah terima jalur gemilang
KOTA LAKSAMANA 12 Ogos – Pemain Melaka United (MU) semalam menerima Jalur Gemilang diserahkan penasihat persatuan itu, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan atlet berkenaan.
Ketibaan Ab Rauf di Stadium Hang Tuah kira-kira jam 5.30 petang telah disambut pemain pasukan terbabit.
Pada program itu juga pemasangan Jaur Gemilang di kenderaan pengurusan persatuan turut dilaksanakan sekali gus menyemai nilai-nilai kemerdekaan.
Menurut pemain tengah Melaka United Jasmir Mehat berkata, meskipun dalam suasana norma baharu, namun semangat mencintai negara perlu disemat di dalam hati pemain.
“Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada peminat khususnya rakyat Malaysia dan marilah kita bersama menyemarakkan Bulan Kebangsaan kali ini.
Pada sama, Deevan Raj turut memberi reaksi sama dan menyeru masyakarat terutama golongan muda bersama mengibarkan Jalur Gemilang.
“Sebagai generasi muda kita harus semarakkan semangat ini kerana perkara ini penting dalam sejarah yang membentuk kedaulatan negara ini,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...