
SKTM2 terima murid dalam norma baharu
BUKIT RAMBAI 16 Julai – Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2 (SKTM2) mengadakan jalinan kasih ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai (SMKBR) bagi persediaan pembukaan sekolah Pasca Covid-19.
Guru Besar SKTM2, Ehsanudin Abd jalil berkata, lawatan itu penting sebagai persiapan pihak sekolah menerima kehadiran murid dalam norma baharu.
“Pihak pengurusan sekolah ingin ambil pengalaman daripada sekolah SMKBR yang mula beroperasi dua minggu lalu.
“Dengan melihat sendiri persiapan sekolah tersebut, kita harap idea yang baik dapat dipraktikkan di sekolah nanti,” katanya pada lawatan tersebut, baru-baru ini.
Katanya, pembukaan sekolah dalam norma baharu ini mengambil berat tentang penjarakan sosial dan bagaimana ia diterapkan dalam diri murid-murid.
“Cabaran paling besar apabila pihak sekolah akan menerima kehadiran murid tahun satu hingga tahun empat.
“Saya yakin pihak sekolah mampu ambil tindakan yang sewajarnya bila sekolah dibuka kerana pihak sekolah baru saja menerima kehadiran murid Pra Sekolah,” katanya.
Hadir sama Pengetua SMKBR, Mohamad Nor Jaafar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKTM2, Syed Husain Syed Ismail.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...