Sorting by

×

WARIS ALLAHYARHAMAH CIKGU DAHLIA TERIMA MANFAAT INSURANS LEBIH RM300,000

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

TANJUNG BIDARA 20 Disember – Waris Allahyarhamah Cikgu Dahlia Ahmad, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, Jun lalu menerima manfaat perlindungan insurans berjumlah RM306,973.24.

Manfaat daripada skim perlindungan insurans berkelompok disediakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) itu disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada suami Allahyarhamah, Zul Sham Mahat.

Ketua Menteri berkata, perlindungan insurans amat berfaedah dalam aspek kebajikan warga pendidik terutama ketika melalui detik sukar atau diuji dengan musibah luar jangka.

“Saya menggalakkan semua guru untuk menjadi ahli NUTP dan mencarum menerusi skim perlindungan insurans disediakan, kita tidak tahu apa akan menimpa pada masa akan datang, benar takdir kita terima tetapi persediaan perlu dibuat.

“Contoh kali ini saya menyampaikan cek manfaat insurans berjumlah RM306,973.24 kepada waris Allahyarhamah Cikgu Dahlia,” kata Ketua Menteri pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Manfaat Insurans Kepada Waris Allahyarhamah Cikgu Dahlia Ahmad dan Sumbangan Kepada 11 Ahli NUTP di SK Jeram, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Adun Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah.

Yang turut hadir Presiden NUTP Aminuddin Awang; Naib Pengerusi NUTP, Mubin Minhaj; Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Karim Tumin; Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah, Abdul Malek Kassin dan Guru Besar SK Jeram, Samsir A Rawad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

181
Kongsi :
Previous post NAK ‘HEALING’ DI AYER KEROH? INI 5 LOKASI TERBAIK UNTUK ANDA
Next post BADAL HAJI UNTUK ALLAHYARHAMAH CIKGU DAHLIA
Ubah saiz-+=