
Skim ARTO2020 bantu anak Melaka miliki rumah sendiri
AYER KEROH 2 Sept. – Skim perumahan ‘Affordable Rent To Own’ (ARTO2020) bakal menjadi konsep rumah mampu milik yang akan memberi manfaat kepada rakyat negeri ini memiliki rumah sendiri.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan perkara itu mungkin bakal direalisasikan tidak lama lagi setelah mendengar taklimat dan pembentangan daripada wakil pembinaan baru-baru ini.
“Datuk Wira Tai Chee Ming dan wakil Syarikat Tetuan Homewise Construction (Melaka) Sdn Bhd dan Tetuan Tri Urbanity Sdn Bhd telah membuat pembentangan dan menyiapkan satu cadangan baharu skim perumahan berkonsepkan Affordable-Rent-To-Own (ARTO2020).
“Cadangan ini diyakin dapat merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Melaka sebagai negeri yang prihatin terhadap rakyat dengan menghasilkan konsep mampu milik dan mampu kerja bersamaan dengan mampu hidup,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Ghafaar turut mengadakan lawatan ke projek pembinaan Rumah Warisan di Perkampungan Warisan Melaka di Taman Camar Astana yang dibangunkan oleh TriUrbanity Sdn Bhd.
Jelasnya, rumah sebanyak 26 unit itu dibangunkan di Tanah Adat Melaka (MCL) seluas 3.18 ekar dengan berkonsepkan rumah moden Melayu Melaka.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...