
SK Jeram gamit nostalgia zaman persekolahan – Rauf
TANJUNG BIDARA 20 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengimbau kenangan zaman persekolahan ketika hadir membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Kampung Pulau, Masjid Tanah, hari ini.
Beliau berkata biarpun keadaan sekolah itu sudah berubah dari segi infrastrukturnya namun beliau bangga melihat kemajuan ditunjukkan sekolah itu.
“Suasana di sekolah ini tidaklah sebaik seperti sekarang ini. Kita beratapkan nipah dan berlantaikan tanah tapi hari ini sekolah ini telah pun menjadi salah satu sekolah terbaik di kawasan ini.”
“Saya menghargai segala jasa yang dibuat oleh kerajaan bagi membantu anak kampung dapat belajar dengan selesa,” katanya selepas membuang undi kira-kira jam 8.43 pagi tadi.
Berkongsi cerita, beliau berkata, kenangan itu menyebabkannya lebih bersemangat untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN), seterusnya berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Masjid Tanah.
“Jadi semangat saya pada hari ini menjurus kembali apa yang telah diperolehi daripada pendidikan awal di sekolah ini, saya akan kembali berkhidmat bersama masyarakat di Tanjung Bidara khususnya di Masjid Tanah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BANJIR MELAKA: 225 MANGSA DIPINDAHKAN, 4 PPS KINI DIBUKA
AYER KEROH 6 Mac - Situasi banjir di Melaka semakin buruk apabila seramai 225 mangsa daripada 65 buah keluarga terpaksa...
MELAKA BAKAL TUAN RUMAH GLOBAL ESKOOTR CHAMPIONSHIP 2025
AYER KEROH 6 Mac - Melaka akan menjadi tuan rumah bagi perlumbaan mikromobiliti (skuter elektrik) bersempena Global ESkootr Championship (eSC)...
34 KAWASAN DINAIKI AIR, TIGA PPS DIBUKA DI MELAKA
MELAKA 6 Mac - Hujan lebat sejak 11 malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan di dua daerah di Melaka iaitu Melaka...
MPHTJ LANTIK 42 WARDEN TRAFIK
AYER KEROH 6 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melantik seramai 42 warden trafik bagi memperketat penguatkuasaan peraturan...
‘SYURGA’ KUIH RAYA RM10 DI KAMPUNG GANGSA
DURIAN TUNGGAL 6 Mac - Memulakan langkah dengan niat membantu golongan asnaf menjana pendapatan mendorong ibu kepada tiga anak membuka...
BANJIR: PPS SMK DANG ANUM, JASIN DIBUKA
AYER KEROH 6 Mac - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Jasin, susulan...