
SK Chinchin kumpul 2248.5 kilogram barangan kitar semula
JASIN 21 Okt. – Sekolah Kebangsaan (SK) Chinchin mengumpul sebanyak 2248.5 kilogram barang buangan untuk dikitar semula sempena kempen sambutan Hari Alam Sekitar Negara.
Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum SK Chinchin, Ariff Anwar Mustahil, melalui kempen itu pihak sekolah melakukan kitar semula bagi barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak dan tidak digunakan.
“Kita mengambil bahagian dalam kempen dianjurkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka sebagai pengisian sambutan Hari Alam Sekitar pada 21 Oktober setiap tahun.
“Pihak sekolah juga mengambil inisiatif membuat hebahan kepada ibu bapa dan penjaga murid serta komuniti sekitar kawasan Chinchin,” katanya kepada MHI.
Katanya, pihak sekolah melalui Kelab Alam Sekitar mengambil pendekatan menyediakan pengangkutan bagi mengangkut barangan elektrik yang berat dan besar.
“Antara barangan seperti peti ais, mesin basuh dan televisyen serta mesin fotostat yang ingin disumbangkan ibu bapa dan komuniti Chinchin,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...