
Sivik Ramadan galak umat Islam tingkat amal ibadah
PAYA RUMPUT 27 Februari – Sempena Ramadan tahun ini, program Sivik Ramadan akan diperluaskan ke masjid dan surau di seluruh negeri.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, program itu diteruskan bertujuan menggalakkan umat Islam mengimrahkan ‘rumah Allah SWT’ di kawasan masing-masing.
“Jadi kita menyeru dan menggalakkan umat Islam untuk mengimarahkan masjid dan surau kariah masing-masing supaya kita dapat menghidupkan lagi Ramadan tahun ini.
“Selain mengimarah masjid dan surau, usaha ini juga dapat melipat gandakan usaha untuk semua umat Islam di negeri ini beribadah sepanjang Ramadan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Majlis Pengagihan Bantuan Persediaan Ramadan 1445H Peringkat DUN Paya Rumput dan Sungai Udang diDewan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Taman Paya Rumput Perdana, di sini, semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
30,000 SERBU MUZIUM MELAKA SEMPENA AIDILFITRI
BANDA HILIR 24 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) merekodkan lebih 30,000 pengunjung mengunjungi muzium-muzium di Melaka sepanjang musim perayaan...
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...