Siti Nordiana, Fazli Zainal meriahkan Dendang Warisan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDARAYA MELAKA, 22 Ogos – Program Dendang Warisan yang berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka baru-baru ini menyaksikan persembahan dua penyanyi tersohor iaitu Siti Nordiana dan Fazli Zainal antara yang mendapat perhatian penonton.

Dihadiri lebih 300 penonton, program tersebut turut menampilkan persembahan kesenian zapin, joget, etnik dan asli serta persembahan nyanyian oleh penyanyi Amirul Ashraff.

Whatsapp Image 2024 08 21 At 4.54.35 Pm
DENDANG Warisan turut diwarnai dengan persembahan tarian oleh penari Boolan Trending.

Selain itu, persembahan adat perkahwinan Melaka turut diadakan dan menyaksikan ia dilakonkan oleh aktor popular, Ashraf Muslim.

Bagi Ashraf, dia menyifatkan penganjuran program Dendang Warisan merupakan platform terbaik dalam menyerlahkan seni budaya tempatan demi kelangsungan jati diri bangsa.

Whatsapp Image 2024 08 21 At 4.55.50 Pm
SITI Nordiana ketika melantunkan lagu Bakawali yang mendapat sambutan peminat yang hadir.

“Apa yang kami persembahkan malam ini ialah untuk mengangkat kembali budaya dan warisan kepelbagaian budaya bangsa.

“Jadi, kami mahu tampilkan budaya orang Melaka dalam bentuk tarian dan nyanyian. Sambil kita berhibur sambil kita belajar adat budaya kita,” katanya ketika ditemui di perkarangan Pangggung Bangsawan Melaka di Jalan Munsyi Abdullah pada 17 Ogos lepas.

Ujarnya, program sebegini wajar diteruskan pada masa akan datang dalam mendidik anak muda untuk lebih cakna mengenai seni warisan negara.

“Bagi saya, program sebegini perlu dikembangkan lagi khususnya pada anak-anak muda.

“Kami akan menjelajah ke negeri-negeri lain bersama kementerian berkaitan serta rakan-rakan lain, insya-Allah pada tahun 2025 nanti,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

473
Kongsi :
Previous post Suri rumah rugi lebih RM26,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Next post Anak muda perlu kuasai pendidikan asas pelancongan
Ubah saiz-+=