Sistem temu janji atas talian lancarkan permohonan pasport

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER KEROH 17 Mei – Perkhidmatan di kaunter bagi permohonan dan pembaharuan pasport di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka berjalan lancar.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati tiada isu kesesakan atau menunggu lama dan pelanggan yang ditemui berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan petugas JIM.

Anisyah Sazali, 25, bukan saja berpuas hati malah menganggap layanan dan perkhidmatan yang ditawarkan JIM kini lebih efisien serta sistematik.

Jelasnya, kesesakan yang berlaku sebelum ini diatasi setelah jabatan itu memperkenalkan sistem temujanji atas talian (STO) sekali gus memudahkan urusan orang ramai khusus mereka memohon untuk memperbaharui pasport.

YONG Siew Ju

“JIM sekarang telah menawarkan STO, jadi jika ada permohonan baharu kita perlu daftar dalam talian dan datang ke kaunter hanya untuk ambil gambar sahaja.

“Amat mudah dan pantas kerana saya yang telah membuat temu janji, saya tiba jam 10 dan tidak sampai 11 pagi semua urusan sudah selesai.

“Apabila sempadan antarabangsa sudah dibuka, saya buat persediaan awal dan memperbaharui pasport kerana memang ada perancangan untuk melancong ke Thailand,” katanya.

ANISYAH Sazali

Sementara itu, M Andikan, 60 berkata, yang merancang untuk ke India Jun ini bagi menziarahi saudara-maranya di negara itu juga menyuarakan rasa puas hati dengan perkhidmatan diberikan JIM.

“Semalam saya buat temu janji menerusi STO dan hari ini mereka panggil saya datang. Amat mudah, apabila sampai terus diberi nombor giliran dan tidak sampai 20 minit urusan saya mendapatkan pasport selesai,” katanya.

Perkara sama turut diluahkan warga emas, Yong Siew Ju, 75, yang diberikan keutamaan untuk memperbaharui pasportnya yang tamat tempoh.

“Saya sampai lebih kurang 7.50 pagi tadi tapi pejabat ini belum dibuka, tak mengapa tunggu sekejap kerana berpuas hati dengan layanan diberikan kakitangan bertugas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1090
Kongsi :
Previous post Kontraktor mengaku tidak bersalah cederakan isteri dengan pisau
Next post PM Ismail Sabri ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis
Ubah saiz-+=