Sistem tanpa tunai diperluaskan ke seluruh bidang keusahawanan di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 12 Oktober – Bidang keusahawanan digital terutama urusniaga tanpa tunai akan terus diperkasa dan diharap menjadi sebahagian daripada budaya perniagaan di Negeri Melaka menjelang tahun 2035.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berharap amalan urusniaga tanpa tunai dipraktikkan di semua peringkat tanpa mengira bidang keusahawanan, kecil atau besar.

“Kerajaan Negeri amat menggalakkan perkara ini, kita mahu semua bidang keusahawanan bergerak ke arah digital seperti yang disarankan.

“Perkara ini juga membabitkan peringkat peniaga kecil di tepi jalan dan peniaga pasar malam. Mereka akan didedahkan dengan sistem tanpa tunai yang diyakini lebih selamat dan mampu meningkatkan taraf ekonomi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Persidangan Antarabangsa dan Ekspo Smart Melaka 2023 (SMIX2023) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings (MITCH) Sdn. Bhd. Dr. Nazdiana Ab Wahab, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, bagi memastikan hasrat itu tercapai usawahan ditawarkan pelbagai peluang dan kemudahan seperti geran menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga ada menyediakan geran. Apa yang pasti MDEC dan MCMC inginkan perniagaan tanpa tunai dilaksanakan di Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

853
Kongsi :
Previous post Melaka pastikan capaian 5G menyeluruh dalam tempoh 7 tahun
Next post MPAG fokus sosioekonomi penduduk lapan tahun ke hadapan
Ubah saiz-+=