Sorting by

×

SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 29 April – Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di Hospital Melaka akan dinaik taraf, melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata kerja naik taraf itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan permohonan tambahan kos berjumlah RM27 juta yang telah dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi.

“Saya sendiri telah menghantar permohonan rasmi untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli, setakat ini kita masih menunggu maklum balas.

“Penambahbaikan sistem maklumat hospital adalah penting untuk memastikan perkhidmatan kesihatan di hospital itu dapat beroperasi dengan lebih cekap dan moden demi manfaat rakyat Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Seri Negeri di sini, hari ini.

Menurut Hee Sem, projek pembinaan hospital tersebut turut mengalami kelewatan akibat beberapa masalah teknikal berikutan terdapat satu pembinaan baharu di atas tapak hospital lama.

“Disebabkan faktor teknikal, kemajuan pembinaan agak perlahan dan ini turut memerlukan penyelarasan tambahan termasuk kerja-kerja berkaitan sistem HIS,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

324
Kongsi :
Previous post DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
Next post PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA