
Sistem E-tanah Melaka lebih efisien, selamat
SERI NEGERI 6 Mac – Sistem E-tanah yang telah berusia lebih 10 tahun kini berubah wajah, lebih efisien, selamat dan memudahkan lagi urusan rakyat Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dengan mengorak langkah proaktif bagi mentransformasikan sistem berkenaan.
Menurut Ketua Menteri, hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Februari lalu, Negeri Melaka berjaya memperoleh kelulusan peruntukan berjumlah RM150 juta untuk menaik taraf sistem E-tanah.
“Saya percaya, dengan adanya peruntukan ini, Negeri Melaka bakal mengaut kutipan melebihi RM300 juta setahun.
“Ini sekali gus memberi penyampaian perkhidmatan lebih efisien serta menjamin keselamatan lebih 400,000 hak milik tanah yang berdaftar,” katanya.
Beliau berkata demikian kdalam ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...