Singapura gantung peraturan RGL dengan Malaysia selama tiga bulan

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

KOTA TINGGI 30 Jan. – Singapura akan menggantung peraturan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dengan tiga negara termasuk Malaysia selama tiga bulan bermula Isnin ini.

RGL bertujuan memudahkan perjalanan merentas sempadan bagi jangka masa pendek untuk tujuan perniagaan penting dan perjalanan rasmi.

The Star melaporkan Kementerian Luar (MFA) republik itu dalam kenyataan hari ini menjelaskan dua negara lain adalah Korea Selatan dan Jerman.

Langkah berkenaan diambil bagi menangani risiko penularan COVID-19 di negara itu memandangkan peningkatan semula kes COVID-19 di seluruh dunia.

“Singapura akan mengkaji semula peraturan RGL pada akhir tempoh penggantungan. Pelancong yang diluluskan di bawah RGL ini dibenarkan untuk memasuki Singapura,” lapornya.

Menurut kenyataan itu, Singapura akan terus memantau situasi global dan menyesuaikan langkah-langkah sekatan bagi mengurangkan risiko kes import pandemik itu serta penularan jangkitan dalam kalangan komuniti.

“Sebarang perubahan mengenai langkah sekatan sempadan akan dikemas kini di laman web SafeTravel dan pelancong dinasihatkan untuk merujuknya untuk mengetahui langkah terkini yang dikeluarkan,” katanya.

Selain RGL, Malaysia dan Singapura turut melakukan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) bagi membolehkan perjalanan rentas sempadan antara dua negara ketika berdepan pandemik itu.

RGL membolehkan perjalanan rentas sempadan bagi tujuan perniagaan dan urusan rasmi antara dua negara itu yang dihadkan kepada maksimum 400 orang seminggu manakala bagi penginapan sehingga dua minggu.

PCA, sebaliknya, membenarkan penduduk kedua-dua negara yang memiliki pas imgresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan, memasuki negara terbabit untuk berkerja dan dihadkan sehingga maksimum 2,000 orang sehari.

Malaysia dan Singapura telah menggunakan RGL dan PCA sejak 17 Ogos tahun lalu.

Views:

486
Kongsi :
Previous post Syarikat elektronik Jerman buka kilang di Melaka
Next post JAIM siasat dakwaan aktiviti pemujaan di Pulau Besar
Ubah saiz-+=