Sorting by

×

Sindiket tipu kerja tumpas, tujuh ditahan

Masa Membaca:1 Minit, 59 Saat

AYER KEROH 11 Jan- Sindiket penipuan tawaran kerja atas talian membabitkan kerugian lebih RM460,000 tumpas susulan penahanan tujuh individu termasuk sepasang kekasih dalam empat serbuan berasingan 4 dan 5 Januari lalu.

Serbuan menerusi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menahan lima lelaki dan dua wanita termasuk seorang warga Vietnam berusia antara 21 hingga 40 tahun di Alor Gajah dan Selangor.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 30 tahun 21 November lalu mendakwa dijanjikan tawaran kerja oleh sepasang kekasih yang memperkenalkan diri mereka Amir dan Berry.

Katanya, bagi mendapatkan kerja, sepasang kekasih itu meminta mangsa menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) beserta nombor pin kad terbabit.

“Dalam masa sama, mangsa turut diminta untuk mencari rakan atau kenalan yang mahu mencari kerja sebelum lima rakan mangsa yang beminat dengan tawaran kerja itu menyerahkan kad ATM dan nombor akaun masing-masing.

“Susulan itu, mangsa dibawa oleh dua orang lelaki dikenali Yusri dan Naufal ke sebuah di Seri Kembangan, Selangor sebelum mengesyaki dua suspek berkenaan melakukan kegiatan penipuan menggunakan kad ATM,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Bukit Beruang hari ini.

ABDUL Majid (kanan) menunjukkan antara suspek ditahan dalam serbuan itu.

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, hasil risikan dijalankan polis menahan semua suspek di sekitar Alor Gajah, Seri Kembangan, Kepong dan Kajang, Selangor.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas 58 keping kad ATM pelbagai bank, telefon bimbit dan wang mata asing.

“Siasatan lanjut mendapati sindiket ini dipercayai didalangi suspek warga China yang masih diburu dengan menjalankan kegiatan penipuan sejak Oktober tahun lalu dengan mencari mangsa untuk dijadikan sebagai keldai akaun bagi membolehkan kegiatan penipuan tawaran kerja dijalankan.

“Hasil semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan jenayah dan dadah,” katanya.

Beliau berkata, dengan penahanan semua individu berkenaan, JSJK Melaka berjaya menyelesaikan 36 kes penipuan atas talian di seluruh negara membabitkan kerugian dianggarkan berjumlah RM466,380 dan di Melaka sahaja terdapat tiga kes dengan kerugian sebanyak RM26,069.22.

Jelasnya, kesemua suspek telah ditahan reman daripada 4 hingga hari ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

ANTARA barang rampasan sindiket penipuan tawaran kerja

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1135
Kongsi :
Previous post Sijil vaksin palsu: JKN Terengganu kesan pembeli
Next post Murid sekolah rendah dibenar lakukan ujian saringan COVID-19 di rumah – Radzi Jidin
Ubah saiz-+=