
Sindiket penyeludupan Rohingya ke Malaysia akan diburu
PELABUHAN KLANG 8 Jun – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini memberi amaran akan memburu sindiket yang cuba membawa masuk etnik Rohingya yang mendarat di Aceh, Indonesia baru-baru ini, ke negara ini.
Beliau berkata pihak berkuasa menerima maklumat ada cubaan membawa masuk kumpulan itu ke Malaysia.
“… laluannya adalah dari Bangladesh ke Aceh serta cuba masuk ke dalam Malaysia dan Thailand,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Area Control Centre Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di sini.
Beliau mengulas perkara tersebut susulan laporan akhbar berhubung kira-kira 80 etnik Rohingya yang telah mendarat di Aceh dan cuba memasuki Malaysia baru-baru ini.
Sementara itu, mengenai isu petempatan Bukit Malut, Langkawi yang dikatakan dipenuhi warga Myanmar, beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan meneliti masalah tersebut bagi menggubal satu dasar untuk menyelesaikannya.
“Ia telah menjadi masalah besar dan bukan hanya sekarang tetapi sudah bertahun-tahun. Jadi, perkara ini akan jadi agenda utama MKN melalui sesuatu polisi yang boleh menyelesaikan isu tersebut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...