
‘Simpang lima’ Kota Fesyen dikaji semula
AYER KEROH 7 Jun – Simpang lima antara susur persimpangan Lebuh Ayer Keroh ke Mydin MITC yang dilaporkan kerap berlaku kemalangan kecil sedang dikaji Jabatan Kerja Raya (JKR).
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata, JKR melakukan siasatan lalu lintas sebelum tindakan seterusnya diambil.
Pihaknya bersama agensi berkaitan keselamatan jalan raya telah membincangkan isu itu pada mesyuarat bulanan jalan raya dan segala tindakan akan diambil perlu dikaji termasuk meneliti laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kami akan dapatkan laporan lalu lintas daripada JKR dan statistik kemalangan disediakan PDRM, difahamkan ada kemalangan berlaku tapi tidak dilaporkan kerana dianggap kecil.
“Isu ini sedang dalam perhatian kami, jika tiada laporan polis, JKR akan melihat aspek kesesuaian seperti kelebaran jalan dan sebagainya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Shadan berkata pihaknya bersama agensi berkaitan sentiasa memastikan kawasan tersebut tidak mempunyai sebarang halangan seperti pokok besar yang boleh mengehadkan jarak penglihatan pengguna jalan raya.
“Menjadi hasrat kami mahu mengelakkan berlakunya kemalangan-kemalangan kecil atau yang melibatkan nyawa,” ujarnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...