
Simbah sambal tumis sebelum samun warga emas
MERLIMAU 25 April – Seorang warga emas cedera di muka dan kepala selepas disamun seorang lelaki di sebuah rumah di Jalan Dato Nawar Kampung Ayer Tawar, di sini, awal pagi semalam.
Lebih malang, mangsa yang mengalami kesukaran berjalan akibat kemalangan sebelum ini turut disimbah dengan sambal tumis di muka, selain kepalanya dihentak dengan kerusi plastik beberapa kali.
Ketua Polis Daerah Jasin Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, berdasarkan keterangan, mangsa yang ketika itu berada di atas katil terlihat kelibat seorang lelaki berdiri di hadapan pintu belakang rumahnya.
Katanya, suspek yang memakai topi keledar dan pelitup muka itu didakwa tiba-tiba menyimbah cecair dipercayai sambal ke muka mangsa, selain menampar dan memukul kepala mangsa dengan kerusi plastik di dalam rumah berkenaan.
“Suspek kemudiannya telah mengambil beg sandang milik mangsa yang mengandungi wang tunai RM400, beberapa kad bank dan lesen memandu sebelum melarikan diri,” katanya.
Beliau berkata, pihak polis kini sedang memburu suspek yang dipercayai seorang lelaki berbadan gempal berusia dalam lingkungan 30-an.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...