Sorting by

×

SILAT, WUSHU, SILAMBAM ‘GEGAU’ MENARA TAMING SARI

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 15 September – Menara Taming Sari menampilkan kelainan dengan membawa persembahan seni mempertahankan diri sempena Melaka Bila Larut Malam pada edisi akan datang 5 Oktober, depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Nasrul Ahmad berkata, seni mempertahankan diri itu melibatkan silat, wushu (persatuan Cina) dan silambam (persatuan India).

“Untuk perancangan MTS pada Oktober nanti kita akan meneruskan Melaka Bila Larut Malam seperti biasa tetapi terdapat sedikit kelainan pada edisi kali ini.

“Kita sedang berbincang dengan persatuan silat, wushu dan silambam untuk membuat persembahan seni mempertahankan diri pada malam tersebut di perkarangan Menara Taming Sari,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Nasrul menyaksikan pelepasan peserta Menara Taming Sari Fun Ride 3.0 yang disempurnakan Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan, semalam.

Menurut Nasrul, selain acara sukan berbasikal, Menara Taming Sari juga bakal menganjurkan ‘Urban Hunt’ pada 26 Oktober depan.

Katanya, disasarkan sebanyak 50 kenderaan akan terlibat dalam program berkenaan yang berkonsepkan menjejaki harta karun di kawasan warisan Melaka.

“Ini adalah usaha kita bagi mempromosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sekali gus membantu Kerajaan Negeri mencapai sasaran 18 juta pelancong ke Melaka tahun ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

794
Kongsi :
Previous post MI GORENG ISTIMEWA AIR TANGAN KETUA MENTERI
Next post NELAYAN MELAKA BERJIWA PATRIOTIK
Ubah saiz-+=