
Sidang Parlimen diadakan secepat mungkin sebelum 1 Ogos- Takiyuddin
Masa Membaca:54 Saat
KUALA LUMPUR 2 Julai – Persidangan Parlimen akan diadakan secepat mungkin sebelum 1 Ogos.
Perkara itu diputuskan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Parlimen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perkara itu akan muktamad pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai ini.
“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.
āSehubungan itu Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021,ā katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 30 Jun, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan bersama mencadangkan kepada perdana menteri agar sidang khas Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Cadangan itu berikutan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa sidang Parlimen perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
473