
Sidang DUN: Sasar sekurang-kurangnya satu syarikat Melaka ke Bursa Malaysia – KM
SERI NEGERI 12 Disember – Kerajaan Negeri Melaka sedang mengkaji dan menilai syarikat yang berpotensi dari Melaka untuk diketengahkan ke Bursa Malaysia.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pihaknya sentiasa komited dalam usaha melahir dan memasarkan produk tempatan untuk menembusi Bursa Malaysia dalam tempoh 15 tahun kehadapan.
“Kerajaan Negeri memang bercadang membursa sahamkan syarikat yang berpotensi, namun dalam tempoh pandemik lalu, kita tidak dapat meneruskan sasaran tersebut.
“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan terus menilai dan mengkaji syarikat yang berpotensi ini seperti mana saya pernah sebut, dalam tempoh 15 tahun sekurang-kurangnya satu anak syarikat disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Kerk Chee Yee (DAP-Ayer Keroh) pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Persidangan DUN Melaka, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
