
Sidang DUN Perlis disiar secara langsung buat pertama kali
KANGAR, 30 Mac – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang bermula hari ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila buat pertama kalinya disiarkan secara langsung dan boleh diakses menerusi laman sosial Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Sebelum ini, orang ramai tidak dapat mengikuti sama perjalanan sesi persidangan berkenaan bagi mendengar isu-isu yang dibangkitkan oleh setiap wakil rakyat.
Sesi persidangan itu boleh ditonton secara langsung melalui pautan https://fb.watch/c3pVYcxfv5/
Pada persidangan pada kali ini juga, tiada sebarang sesi perbahasan melibatkan ahli Dewan dan hanya membabitkan soalan lisan yang akan dijawab oleh wakil kerajaan negeri.
Sidang DUN Perlis akan berlangsung selama dua hari dengan memberikan penumpuan perbincangan terhadap beberapa perkara yang tertangguh pada tahun lepas dan kedudukan semasa kewangan negeri.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...