
Sidang DUN Melaka pada 12 hingga 15 Disember – Speaker
AYER KEROH 29 November – Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara rasmi akan mula bersidang selama empat hari bermula 12 Disember sehingga 15 Disember ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum berkata, persidangan berlangsung selama empat hari itu akan turut membentangkan Bajet Negeri Melaka 2023 oleh Ketua Menteri.
Katanya, persidangan itu akan dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan sesi soalan lisan.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya telah menerima lebih 100 soalan bagi pertanyaan lisan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka.
“Saya sudah terima soalan lisan ada lebih 100 soalan yang dikemukakan, namun saya masih belum semak sepenuhnya lebih terperinci soalan lisan tersebut.
“Persidangan macam biasa akan bermula pada jam 9 pagi dengan sesi soalan lisan dan ia akan diadakan selama empat hari.
“Turut diadakan pada persidangan kali ini adalah pembentangan Belanjawan Melaka 2023 dan usul untuk meluluskan belanjawan itu,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MAHU TAMBAH KAWASAN REHAT ‘ABANG RIDER’
BANDA HILIR 15 Mac - Kerajaan Negeri akan menyediakan lebih banyak tempat rehat bagi mereka yang terlibat dalam sektor P-Hailing...
LEBIH 1,500 IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 15 Mac - Lebih 1,500 pengunjung memeriahkan Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
CERIA TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI
LENDU 15 Mac - Kanak-kanak mengalami kesukaran berjalan akibat masalah saraf Sheikh Muhammad Alif Alashiri, 12, antara penerima sumbangan bantuan...
PINTU MASUK MELAKA LEBIH INDAH, CERIA SEMPENA AIDILFITRI
PAYA RUMPUT 15 Mac - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk menceriakan kesemua pintu masuk...
TINDAKAN TEGAS MENANTI KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN TIDAK IKUT SOP – MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada kontraktor penyelanggaraan...
KPDN EDAR 18,000 BAUCAR E-DOMPET
DUYONG 15 Mac - Sejumlah 18,000 baucar e-dompet diedarkan dan dinikmati oleh rakyat Melaka bermula 11 hingga 15 Mac (hari...