Sorting by

×

Sidang DUN Melaka kecoh, gara-gara isu laporan ‘FIA’

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

SERI NEGERI 23 Sept. – Datuk Norhizam Hassan Baktee sebelum ini terkenal ekoran isu ‘babi’ kembali menjadi tumpuan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini apabila ‘bertegang urat’ dengan Low Chee Leong (DAP- Kota Laksamana).

Kekecohan timbul ketika beliau yang juga EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Low berkaitan kesan pembangunan Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) kepada nelayan di Pantai Kundor dan Kota Laksamana.

Norhizam menegaskan bahawa beliau amat prihatin dan mengambil berat soal berkaitan nelayan khususnya dan sebarang perubahan berlaku adalah dalam pengetahuannya.

Beliau malah mengisytiharkan dirinya sebagai ‘laksamana’ dan menyatakan jika pembangunan itu memberikan kesan buruk, beliau akan memberikan tindakan sekeras-kerasnya dan tidak bersetuju.

NORHIZAM…meminta Low duduk dan mendengar jawapannya. Foto MR.Azli

Low bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan itu dan menemplak Norhizam sebagai tidak menjawab soalannya yang mahu supaya laporan Laporan Penilaian Impak Perikanan (FIA) dibentangkan.

Ketika inilah, Norhizam bangun menjelaskan beliau belum menerima laporan itu dan tidak dapat membentangkannya di dewan.

Bagaimanapun Low terus mengasak Norhizam termasuk mengatakan dia sebagai ‘pengkhianat’ ‘penderhaka Pakatan Harapan’ ‘you jadi Exco tidak tahu apa’ manakala Norhizam membalas dengan menjerit ‘duduk’ nanti saya jawab sambil menuding jari ke arah Low.

Keadaan semakin tegang, apabila Low enggan mengalah menyebabkan, Norhizam mengeluarkan ungkapan ‘bodoh’, ‘awak tanya saya jawablah bangang’

Timbalan Speaker Datuk Wira Ghazale Muhamad kemudian bangun meminta semua ADUN bertenang dan mengingatkan mereka supaya mengikut peraturan dewan.

“…kita cuba beradap sikit, ada rakan saudara tengok kita di luar. Adakah ini gambaran insan terpilih?.

“Bila kita balik kawasan, adakah ini kita tunjukkan? Harap,” katanya.

berita lanjut menyusul

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

654
Kongsi :
Previous post Melaka capai indikator beralih Fasa 3 esok atau lusa
Next post Rakyat berebut vaksin selepas gelombang ke tiga
Ubah saiz-+=