Sorting by

×

Sidang DUN: Kadar pengangguran Melaka menurun

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SERI NEGERI 13 Disember – Kadar penggangguran Negeri Melaka merekodkan penurunan sebanyak 2.6 peratus bagi suku ketiga tahun ini.

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata berdasarkan kajian tenaga buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi suku ketiga 2022, kadar pengangguran nasional adalah sebanyak 37 peratus berbanding 47 peratus pada 2021.

“Sementara itu Negeri Melaka mencatatkan penurunan 2.6 peratus pada suku ketiga 2022 berbading 3.0 peratus pada 2021.

“Ini bermakna Melaka menunjukkan kadar pengangguran berkurang seramai 12,100 orang berbanding 13,800 orang penganggur dengan 3.0 pengangguran direkodkan pada suku tahun yang sama sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Adly Zahari (PH-Bukit Karil) pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri juga menyediakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan peluang pekerjaan di negeri ini selari dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035.

“Ia dapat dilihat dengan pembangunan di koridor ekonomi pesisir laut berimpak tinggi iaitu Melaka Waterfront Economic Zone (MWEZ) yang merupakan satu ‘game changer’ buat negeri ini.

“Menaik taraf produk pelancongan baharu dan mewujudkan zon perniagaan bebas. Ini saya rasa antara tindakan sederhana, pendek dan panjang bagaimana untuk meningkatkan peluang pekerjaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1648
Kongsi :
Previous post Amaran ribut petir di Terengganu, Pahang dan Johor – MetMalaysia
Next post Sidang DUN: 1,415 dapat kerja hasil pelaburan baharu di Melaka – Ab Rauf
Ubah saiz-+=