
Sidang ditangguh jam 5.15 petang, dua kakitangan Parlimen positif COVID-19
KUALA LUMPUR 29 Julai – Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini, ditangguhkan sehingga jam 5.15 petang.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon susulan terdapat dua kes positif COVID-19 dalam kalangan kakitangan Parlimen.
“Yang Dipertua Dewan Rakyat telah terima pemakluman daripada Ketua Pengarah Kesihatan.
“Dukacita dimaklumkan, KKM dimaklumkan pada 29 Julai 12.30 tengah mengenai dua kes positif COVID-19 yang telah hadir Parlimen,” katanya.
Kedua-dua kes tersebut katanya dikhuatiri telah berada di beberapa lokasi di sekitar Parlimen dan sehubungan itu, saringan gejala dan pengesanan COVID-19 akan dijalankan kepada semua yang hadir.
“Termasuklah semua ahli parlimen, pegawai-pegawai, wakil parlimen dan pekerja-pekerja. Tiada sesiapa dibenarkan keluar daripada kompleks Parlimen sehingga keputusan diperolehi.
Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 5.15 petang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...