
Sidang Dewan Rakyat ditambah dua hari pada 3 dan 4 April – Speaker
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul berkata pindaan berkenaanĀ ditetapkan Perdana MenteriĀ Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Majlis Mesyuarat selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
āIni bagi membolehkan beberapa rang undang-undang dan urusan kerajaan dapat dibentangkan dan diputuskan di Dewan Rakyat. Notis bertulis akan diberikan kepada ahli yang berhormatĀ selepas ini,ā katanya sebelum sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
MengikutĀ Peraturan Mesyuarat 11(2), dengan tertakluk kepada syarat-syarat perenggan (1) Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan, sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap Penggal, tarikh-tarikh Majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu.
Bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Persidangan Dewan Rakyat sebelum ini dijadual tamat pada 30 Mac. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.