Siasatan dakwaan rasuah projek MRT tiada kaitan dengan MRT Corp
KUALA LUMPUR, 23 Mac – Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini menjelaskan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah membabitkan dua firma kejuruteraan yang terlibat dalam Projek Transit Aliran Massa (MRT), tidak berkaitan dengan syarikat atau petugasnya.
MRT Corp dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan kes itu sekiranya diminta.
Syarikat itu turut mengingatkan rakan perniagaan, kontraktor dan subkontraktor bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk rasuah dalam ekosistem projeknya.
“Tindakan sewajarnya, seperti penamatan kontrak dan/atau senarai hitam, akan diambil terhadap mana-mana syarikat yang didapati terlibat dalam rasuah,” menurut kenyataan itu.
Semalam, media melaporkan tiga pengarah dan dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan projek MRT bernilai lebih RM650 juta.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LADANG NANAS PREMIUM KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Berkonsep mendidik pengunjung mengenai pertanian nanas, Ladang Nanas Fionanas, Nusa Dusun di sini, antara lokasi...
ANAK ASAHAN ‘MASUK JAWI’ DAPAT SIJIL
ASAHAN 19 Januari - Seramai 108 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diberikan sijil penyertaan masuk jawi pada Program Khatan...
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....