Intipati sidang media khas Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin
Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat
- Sekolah akan dibuka secara berperingkat mengikut Fasa PPN mulai 3 Okt
- Kehadiran murid ke sekolah adalah 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu
- Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara PDP bersemuka dan PDPR, yang bergilir setiap minggu
- Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas
- Fasa 1 PPN: Sekolah tidak dibuka, murid akan meneruskan PDPR
- Murid prasekolah, tadika swasta di negeri Fasa Tiga PPN hadir tanpa penggiliran
- Sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022
- Pelanjutan sesi persekolahan bertujuan pastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan
- Murid tahun satu 2022 akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022
- Ibu bapa diminta beri perhatian terhadap status vaksinasi pemandu bas sekolah persendirian
- Pemakaian pelitup muka kini diwajibkan di sekolah
- Kelas pendidikan jasmani dibenarkan, aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan
- Murid bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah, ujian saringan COVID-19 turut dijalankan
- Murid dibenarkan hadir tanpa uniform, tetapi pakaian perlu sesuai, sopan dan kemas
- Ibu bapa tidak hantar anak ke sekolah kerana bimbangkan ancaman COVID , tidak dianggap kesalahan disiplin dan tiada surat amaran
- Sekolah yang ada kes positif COVID perlu maklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut
- Semua Institut Pendidikan Guru di negeri Fasa Satu, Fasa Dua masih laksanakan PdPR
- Pembukaan sekolah, institusi pendidikan di negeri atau kawasan dalam ‘Travel Bubble’ ikut kaedah Fasa 4 PPN
- Pengoperasian sekolah, institusi pendidikan negeri yang beralih fasa PPN dilaksanakan selepas dua minggu peralihan
Berita penuh menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
1102