Shamsul Iskandar dilantik Setiausaha Politik Kanan PM Anwar
KUALA LUMPUR, 23 Dis – Bekas Ketua Penerangan PKR Pusat Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata majlis angkat sumpah simpan rahsia berlangsung di Putrajaya hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar hadir bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ialah bekas Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai dan Ahmad Farhan Fauzi.
“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata Anwar.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu, Shamsul Iskandar yang juga bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya bertanding di Bagan Datuk, namun tewas kepada penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, Chan menjadi Ahli Parlimen Alor Setar dari 2018 hingga 2022.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TANDAS AWAM MPHTJ MENANG TOTYA’24
AYER KEROH 15 November - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) merangkul pengiktirafan Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA'24)...
NAIKKAN ARAS JALAN ATASI BANJIR KILAT DI LEBUH AYER KEROH
KLEBANG 15 November - Menaikkan aras jalan antara penyelesaian jangka panjang dikenal pasti Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka dalam...
TANDAS AWAM ELEGAN DI WATERFRONT JASIN
JASIN 15 November - Tandas Awam (BMW) Selera Waterfront Bandar Jasin kini berwajah baharu berkonsepkan warna hitam dan keemasan selepas...
MELAKA SEDIA PLATFORM BERGAMBAR UNTUK KENANGAN RXZ MEMBERS
AYER KEROH 15 November - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menyediakan platform bergambar di beberapa lokasi...
UPTOWN PAYA RUMPUT LAIN DARI YANG LAIN
PAYA RUMPUT 15 November - Uptown Paya Rumput yang akan dibangunkan di perkarangan Stadium Hang Jebat akan menampilkan kelainan dengan...
NGO JADI SALURAN HEBAHAN AGENDA PEMBANGUNAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 November - Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka perlu lebih efektif dan menjadi satu bentuk saluran...