Shahril Hamdan mahu permudahkan proses bantuan JKM

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

REMBIA 16 November – Mempermudahkan prosedur bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) antara perkara yang akan diberi perhatian calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Alor Gajah Shahril Sufian Hamdan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, selepas 11 hari melakukan program ziarah dari rumah ke rumah, kebanyakan rakyat yang ditemui menyuarakan kesukaran untuk mendapat bantuan kebajikan.

Katanya, prosedur ditetapkan agensi sebelum ini agak ketat dan proses itu menyukarkan bantuan itu disalurkan kepada golongan memerlukan.

“Proses birokrasi dan prosedur untuk mendapat bantuan sedikit sukar dan rumah, contohnya kalau dilihat rumah itu ada pemasangan Astro, agak susah hendak dapat bantuan sedangkan ia dipasang dan diberikan anak mereka, (jadi) ada Astro tidak mencerminkan kedudukan kewangan keluarga atau isi rumah.

“Ini adalah salah satu perkara dasar yang saya mahu bincangkan di peringkat pusat dan daerah kerana terlalu banyak kes, ada sahaja mengatakan bahawa bantuan JKM ini susah nak dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jeram, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya diberi mandat pada PRU15, beliau akan membangkitkan perkara itu di peringkat Persekutuan dan daerah supaya rakyat menerima bantuan sewajarnya.

“Sebelum ini (perkara itu) belum dibangkitkan, jadi hari ini saya mahu bangkitkan salah satu perkara adalah mempermudahkan prosedur supaya lebih mesra rakyat dari segi bantuan JKM,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6687
Kongsi :
Previous post Lima tawaran Mohd Ridhwan kepada warga Hang Tuah Jaya
Next post Sebahagian daripada beberapa rumah Orang Asli tertimbus akibat tanah runtuh
Ubah saiz-+=