
Shahril Hamdan letak jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia
AYER KEROH 20 November – Shahril Sufian Hamdan hari ini mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Beliau turut berpandangan pemimpin nombor satu iaitu Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil tanggungjawab kekalahan itu dengan berundur secara terhormat.
“Saya sependapat dengan Menteri Besar Johor iaitu tanpa mengurangkan hormat kepada beliau sebagai individu.
“Pemimpin nombor satu Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) perlu memaparkan contoh dengan memimpin mengambil tanggungjawab kekalahan ini berundur secara terhormat.
“Atas semangat ‘collective responsibility’ itu, saya juga meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya, cuma ini soal maslahat yang jauh lebih besar,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook rasminya, hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata akan terus setia bersama UMNO dan beranggapan perjuangan parti itu masih belum selesai.
“Seperti ramai yang lain, saya kekal setia bersama UMNO, perjuangan parti belum selesai ‘this is not the end’,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...