Sorting by

×

Shadan dilantik Presiden MALA yang baharu

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDA HILIR 25 Jun – Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) berkuat kuasa serta merta menggantikan mantannya, Datuk Ir. P.A. Rajendran.

Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Agung Tahunan MALA Kali Ke-22 yang diadakan semalam (24 Jun) di sebuah hotel, di sini.

Shadan ketika ditemui berkata, sebagai presiden baharu persatuan itu, mempopularkan Negeri Melaka menjadi antara agendanya.

“Kita mahu tunjuk dengan PBT lain bahawa Melaka boleh dijadikan destinasi contoh sama ada terbersih ataupun apa jua inovasi dipertandingkan yang boleh dijadikan contoh kepada PBT lain.

“Selepas ini kita juga akan mempromosikan PBT MALA untuk pastikan PBT yang belum berdaftar (jadi ahli) supaya berdaftar dengan kita.

“MALA ditubuhkan untuk pastikan kebajikan PBT itu sendiri, kedua mempromosi kebaikan atau kelebihan yang ada antara PBT untuk diaplikasikan kepada negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung MALA Ke-22 di sebuah hotel di sini, semalam.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Shadan berkata, walaupun terdapat lebih 50 PBT yang masih belum mendaftar sebagai ahli MALA, namun pendaftaran ahli baharu persatuan meningkat setiap tahun.

“Sebenarnya mereka tahu ada kebaikan jadi ahli MALA, cuma acuh tidak acuh. Bagaimanapun graf pendaftaran meningkat setiap tahun, maknanya kesedaran itu akan meningkat setiap tahun.

“Justeru, kiita menyasarkan dalam tempoh tiga tahun ini semua PBT mesti berdaftar sebagai ahli MALA,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1382
Kongsi :
Previous post ‘Lamborghini’ hitam RM2,000
Next post Battle Of The Bands TD 2023 bawa tuah buat Kombo RAMD
Ubah saiz-+=